Friday, April 17, 2026
HomeHIBURANKazar Akui Pernah 'Kering Job' Bukan Kena Boikot

Kazar Akui Pernah ‘Kering Job’ Bukan Kena Boikot

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kazar Saisi, 66, menafikan dirinya pernah diboikot dalam industri seni susulan kontroversi membabitkan anaknya, Ira Kazar.

Sebaliknya, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu meluahkan rasa syukur apabila rezekinya dalam bidang lakonan masih berterusan hingga kini.

Kazar bagaimanapun mengakui pernah melalui tempoh tanpa tawaran kerja selama beberapa bulan, namun menegaskan situasi itu bukan berpunca daripada tindakan memboikot.

Menurut Kazar, keadaan itu berlaku beberapa tahun lalu ketika industri seni tempatan berdepan fasa perlahan

“Beberapa tahun sebelum ini, pernah hampir tiga bulan saya tiada ‘job’, tetapi ketika itu memang industri agak perlahan.

“Bukan saya seorang sahaja, rakan-rakan lain juga berdepan situasi sama. Selepas itu, alhamdulillah perkara itu tidak berulang lagi,” katanya.

Kazar berkata, pada tahap usianya kini, dia tidak lagi terlalu memilih watak, sebaliknya lebih bersyukur dengan setiap peluang yang diberikan.

“Dalam usia begini, kita sudah tidak boleh terlalu ‘demanding’. Saya bersyukur masih diberi rezeki, sekurang-kurangnya cukup untuk menampung keperluan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Tan Sri Dr Ahmad Nawab, di sini, semalam.

Mengulas dakwaan diboikot, Kazar menegaskan dia tidak pernah merasai perkara itu daripada syarikat produksi.

“Setakat ini, saya tidak pernah rasa diboikot oleh pihak produksi. Kalau stesen televisyen, saya kurang pasti.

“Saya juga tidak pernah ada masalah disiplin, jadi tiada sebab untuk saya diboikot. Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana Dia yang menentukan rezeki,” katanya.

Tambahnya, jumlah pelakon seusianya yang semakin berkurangan juga menjadi faktor dirinya masih menerima tawaran.

“Pelakon sebaya saya tidak ramai, jadi mereka tidak banyak pilihan,” katanya.

Ditanya mengenai kecaman terhadap Ira yang dilabel sebagai ‘penyondol’, Kazar memilih untuk tidak mengambil tahu perkara berkenaan.

“Saya tidak pernah membaca komen di media sosial dan lebih selesa mengambil sikap tidak ambil tahu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Masalah Kewangan, TFC Mungkin Tarik Diri Sertai Liga Super

0
KUALA TERENGGANU – Biarpun mampu bersaing baik dengan menduduki tangga kelima, Terengganu FC (TFC) tidak menolak kemungkinan terpaksa menarik diri daripada Liga Super seterusnya...

CATEGORIES