Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURAN‘Cukuplah, Dia Dah Bertunang’ – Muaz Jawab Video ‘Mesra’ Libat Bella Astillah

‘Cukuplah, Dia Dah Bertunang’ – Muaz Jawab Video ‘Mesra’ Libat Bella Astillah

PETALING JAYA – “Sudah dua tahun berlalu, cukup-cukuplah.”

Demikian kata pelakon Muaz Zabir apabila diminta mengulas tentang ugutan seorang individu yang ingin mendedahkan video ‘mesra’ melibatkan dirinya dan pelakon Bella Astillah.

Sedar kekecohan yang berlalu di platform laman sosial Threads itu, Muaz memohon maaf selain berharap orang ramai berhenti bercerita tentang spekulasi mahupun kisah lalu mereka.

“Masing-masing sudah pun bahagia, seorang sudah bertunang dan saya juga sudah melalui pelbagai fasa kehidupan.

“Saya mohon kepada semua termasuk netizen supaya kita bergeraklah ke hadapan kerana bumi kita pun berpusing. Tidak mungkin kita hendak berdiri di situ sahaja,” ujar Muaz.

Sungguhpun begitu, Muaz sedar bahawa dia tidak mampu mengawal pandangan dan pendapat orang tentang dirinya.

“Saya tidak boleh halang apa cerita yang hendak dikeluarkan oleh orang ramai. Kita tahu manusia ada sifat hasad dengki dan iri hati.

“Jadi, perkara sebegini saya tidak boleh elak. Cuma, saya mengharapkan kita semua buka buku baharu dan menjadi orang yang lebih baik,” katanya yang ditemui pada acara tayangan perdana drama terbaharu lakonannya, Dorm 403 di Rasta, TTDI semalam.

Selain Muaz, drama yang mula bersiaran pada 15 April di slot Samarinda TV3 dan iQIYI turut dibintangi Dynas Mokhtar, Noki, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli serta Puteri Aleeya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES