Tuesday, November 10, 2026
HomeHIBURAN‘Penawarnya Juga Kau’ – Tom, Fuad Dilihat Kembali Berbaik

‘Penawarnya Juga Kau’ – Tom, Fuad Dilihat Kembali Berbaik

PETALING JAYA – Hubungan kembali pulih, penyanyi Tom yang pernah memberi bayangan berhadapan kemelut rumah tangga dilihat sudah berbaik dengan suaminya, Fuad Rahman.

Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, dipercayai pulang ke rumah apabila berpelukan dengan insan kesayangannya itu serta anak mereka di sebuah lokasi.

“Forever and one (selama-lamanya dan satu).

“Yang sakitkan hati aku, kau. Penawar sakit hatiku ini juga, kau,” katanya menerusi hantaran video yang dikongsikan di InstaStory.

Difahamkan, hantaran tersebut dibuat ketika dia dalam perjalanan untuk menemui belahan jiwanya.

Perkongsian tersebut menerima reaksi positif netizen yang gembira melihat pasangan terbabit kembali bersama.

Rata-rata turut mendoakan agar Tom dan Fuad juga penyanyi kembali berbahagia mempertahankan rumah tangga mereka.

“Awak tidak akan menghadapinya sendirian. Sayang awak kakakku,” kata seorang temannya dalam hantaran yang diulang semula.

Terdahulu, Tom menerusi satu hantaran Facebook mendakwa bakal bercerai dengan Fuad yang didakwa berpunca daripada kecurangannya sendiri.

Sebelum ini, pernah timbul desas-desus perkahwinan mereka dilanda kemelut tetapi dinafikan kedua-duanya.

Mereka disatukan pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian dan memiliki tiga anak lelaki.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nam Ron Dan June Lojong Terkejut Tercalon ABPBH 38

0
KUALA LUMPUR – Pasangan pelakon suami isteri, Nam Ron dan June Lojong, masing-masing terkejut apabila berjaya melangkah ke senarai calon Anugerah Bintang Popular Berita...

CATEGORIES