Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAKabel Dicuri, MRT Laluan Putrajaya Alami Gangguan Pagi Ini

Kabel Dicuri, MRT Laluan Putrajaya Alami Gangguan Pagi Ini

PETALING JAYA – Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Damansara Damai.

Rapid Rail menerusi kenyataannya, siasatan awal pasukan kejuruteraan mengesahkan bahawa berlaku kecurian kabel bekalan kuasa yang telah dipotong berhampiran Stesen Damansara Damai.

“Kejadian ini telah menyebabkan gangguan perkhidmatan yang serius dan memerlukan kerja-kerja pembaikan berskala besar, yang dijangka berterusan sehingga tamat waktu operasi perkhidmatan hari ini.

“Sehubungan itu, pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan,” menurut Rapid Rail hari ini.

Tren alternatif yang disediakan itu adalah dari Stesen Putrajaya Sentral akan berpatah balik di Stesen Metro Prima (kekerapan enam minit), tren perantara ulang-alik di antara Stesen Metro Prima dan Stesen Damansara Damai (kekerapan lapan minit) dan tren dari Stesen Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Damansara Damai (kekerapan lapan minit).

Menurut Rapid Rail, disebabkan gangguan operasi ini, penumpang dijangka mengalami waktu menunggu lebih lama di platform, terutamanya di antara Stesen Metro Prima hingga Stesen Damansara Damai.

“Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di platform dan ruang legar stesen untuk membantu penumpang.

“Pengumuman berkala mengenai jadual perjalanan tren turut dibuat di stesen. Penumpang disarankan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif lain bagi meneruskan perjalanan ke destinasi,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Isteri Sangat Kritikal, Saya Kena Terima Kehilangan Dia – Muss

0
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Barbarik, Muss, berdepan detik sukar apabila isterinya, Suraya Bahari, 53, kini berada dalam keadaan kritikal susulan komplikasi penyakit kencing...

CATEGORIES