Sunday, May 10, 2026
HomePERNIAGAANAquaria KLCC Lancar Pengiktirafan Sebagai Rakan DELIMa Bagi Menyokong Pendidikan Digital

Aquaria KLCC Lancar Pengiktirafan Sebagai Rakan DELIMa Bagi Menyokong Pendidikan Digital

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2026 – Aquaria KLCC telah berjaya menutup tirai bagi Pertandingan Inovasi Akuaponik Kebangsaan 2025, satu inisiatif pendidikan STEM yang melibatkan 15 buah sekolah dari tiga negeri dan telah berlangsung dari Ogos hingga Disember 2025.

Pertandingan ini memberi pendedahan kepada pelajar dalam mereka bentuk dan membina sistem akuaponik yang mengintegrasikan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta elemen Internet Pelbagai Benda (IoT). Inisiatif ini bertujuan memupuk kreativiti, inovasi dan kemahiran penyelesaian masalah secara praktikal, di samping menggalakkan sekolah mengadaptasi akuaponik sebagai kaedah pembelajaran interaktif dan berkesan berasaskan pembelajaran di luar bilik darjah.

Ketua Pegawai Eksekutif Aquaria KLCC, Encik Daryl Foong, berkata pertandingan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran akademik, malah turut memperkukuh penglibatan sekolah dan komuniti.

“Pertandingan ini melangkaui pembelajaran di dalam bilik darjah. Kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada sekolah dan komuniti untuk terlibat secara aktif dalam amalan lestari, sekali gus melahirkan insan terdidik yang berpengetahuan, berketrampilan serta mampu membangunkan potensi murid bagi memenuhi aspirasi negara terutamanya dalam bidang STEM,” katanya.

Majlis penutup Pertandingan Inovasi Akuaponik 2025 turut menyaksikan pelancaran pengiktirafan rasmi Aquaria KLCC sebagai rakan DELIMa, sekaligus mencerminkan komitmen beterusan Aquaria KLCC dalam menyokong agenda pendidikan dan pembelajaran digital negara. DELIMa merupakan platform digital Kementerian Pendidikan yang menyokong pembangunan ekosistem pendidikan digital berkualiti tinggi melalui integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di seluruh negara.

Melalui Rakan DELIMa, Aquaria KLCC berhasrat untuk memperluaskan akses kepada bahan pendidikan termasuk bahan pembelajaran digital dan kandungan literasi laut, kepada pelajar dan guru di seluruh Malaysia.

“Usaha ini membolehkan kami mengupayakan akses pendidikan digital yang fleksibel dan responsif tanpa mengira sempadan. Dengan penyediaan bahan pendidikan digital, kami berharap dapat menyokong pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah di samping mendidik murid serta komuniti tentang literasi lautan dan konservasi alam sekitar,” kata Encik Daryl Foong.

Kedua-dua inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Aquaria KLCC dalam menyokong inovasi, kelestarian dan pendidikan inklusif, sejajar dengan keutamaan pendidikan nasional serta usaha meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES