Sunday, April 19, 2026
HomeBERITARinggit Makin Kukuh, Cecah RM3.92 Berbanding AS$1 Pagi Ini

Ringgit Makin Kukuh, Cecah RM3.92 Berbanding AS$1 Pagi Ini

PETALING JAYA – Nilai Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan pengukuhan luar biasa apabila mencecah paras RM3.92 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus disifatkan antara yang paling kukuh dalam sejarah.

Berdasarkan paparan penukar mata wang Xe, kadar pertukaran semasa menunjukkan AS$1 bersamaan RM3.9225, berbanding semalam yang berada pada paras RM3.95.

Pengukuhan tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa terkejut dan teruja dengan prestasi ringgit ketika ini, apatah lagi selepas tempoh panjang mata wang negara itu berada pada paras melebihi RM4.
Ada yang menyifatkan perkembangan itu sebagai petanda positif terhadap ekonomi negara, manakala sebahagian lagi berharap trend pengukuhan tersebut dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang.

“Tak sangka ringgit boleh turun sampai bawah RM4, macam mimpi,” tulis seorang netizen.

“Kalau betul ekonomi makin stabil, rakyat harap harga barang pun ikut turun,” komen pengguna lain.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa kewangan berhubung perkembangan tersebut, namun pemerhati ekonomi menjangka sentimen pasaran global dan aliran masuk pelaburan asing antara faktor utama pengukuhan ringgit.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES