Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAMelaka Memacu Inisiatif Bandar Pintar Melalui MoU Strategik Bersama MCMC

Melaka Memacu Inisiatif Bandar Pintar Melalui MoU Strategik Bersama MCMC

Hari ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan Melaka menuju negeri pintar. Di hadapan Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh, MCMC dan Kerajaan Negeri Melaka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama strategik bagi merealisasikan Inisiatif Bandar Pintar Melaka selari dengan Blueprint Melaka Pintar 2035.

Melalui kerjasama ini, Melaka bakal diperkasakan dengan Wi-Fi awam berkelajuan tinggi, rangkaian gentian optik masa hadapan, pemasangan smart pole, serta pengukuhan keselamatan awam, pengurusan trafik dan pelancongan melalui Network Operation & Command Centre.

Semua usaha ini membawa satu matlamat besar bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan digital yang lebih cekap, trafik yang lebih lancar, risiko bencana yang lebih rendah, dan peluang ekonomi digital yang berkembang untuk pelancongan, peruncitan, logistik serta PKS.

#MCMC
#KementerianKomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES