Thursday, April 23, 2026
HomeHIBURANErra Fazira Sah Isteri Ezwan, Ufti Bunga Emas Simbolik Mas Kahwin

Erra Fazira Sah Isteri Ezwan, Ufti Bunga Emas Simbolik Mas Kahwin

SHAH ALAM – Hanya dengan sekali lafaz, primadona negara, Erra Fazira selamat bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain tepat jam 9.19 pagi dalam majlis akad yang berlangsung di sebuah dewan perkahwinan eksklusif di Kampung Melayu, Subang.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, menerima mas kahwin berupa pokok ufti seberat 102 gram dengan 24 keping dinar emas, berserta sebentuk cincin Cartier dianggarkan bernilai RM80,000.

Dalam majlis yang berlangsung di Rinjanie Majestic tersebut, bintang Pasrah itu turut menerima hantaran berupa set barang kemas, jam tangan, tas tangan dan sepatu.

Pada majlis yang dihadiri 300 tetamu itu, Erra memakai busana tradisional berwarna ‘powder blue ‘ rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Sebelum diijab kabul, kedua-dua mempelai berarak masuk ke singgahsana ditemani anak gadis masing-masing.

Sebelum upacara membatalkan air sembahyang, Ezwan terlebih dahulu menunaikan solat sunat. Untuk rekod ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra dan kedua buat Ezwan.

Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai pada 2006.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Engku Emran pada 2007 namun jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 2014. Bersama Emran, Erra dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Sumber – KOSMO ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES