Wednesday, May 27, 2026
HomeHIBURANDr. Afifah Bersyukur Nubhan Serahkan Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

Dr. Afifah Bersyukur Nubhan Serahkan Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

SHAH ALAM: Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahmad iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, bersyukur apabila keputusan hadanah atau hak penjagaan tetap terhadap tiga anak, Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3. berpihak kepadanya.

Dr Fie berkata, dia sangat berterima kasih kepada Nubhan kerana banyak memberi kerjasama kepadanya untuk mendapatkan hak jagaan penuh anak mereka.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak. Alhamdulillah, semua anak akan kembali dengan sayalah.

“Selama ini pun, untuk kes (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam saja,” katanya apabila ditanya mengenai sama ada sebarang syarat sudah ditetapkan sesama mereka untuk mencapai kata sepakat.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Dr Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, pihak ibu sememangnya layak untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

“Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak. Mungkin pandangan itu diambil kira.

“Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya. Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tetapi ini kosong (tiada). Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah prosiding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya,” katanya.

Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh dan interim terhadap tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap Dr Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Pasangan ini bernikah pada 29 Ogos 2015 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES