Sunday, November 16, 2025
HomeHIBURANDatuk Red Suntik Semangat Buat Kamal Adli

Datuk Red Suntik Semangat Buat Kamal Adli

PETALING JAYA – Pernah melalui situasi sama, usahawan dan pempengaruh, Datuk Red menyuntik semangat buat pelakon, Kamal Adli agar terus kuat berdepan ujian dalam perkahwinan.

Red atau nama lengkapnya, Datuk Seri Adnan Abu berkata, usaha ke arah itu belum berakhir memandangkan masih ada ruang untuk memperbaiki hubungan dengan isteri, Uqasha Senrose.

“Terus kuat, belum tamat lagi,” tulis bekas suami kepada penyanyi, Adira itu dalam ruangan komen di TikTok.

Sebelum itu, Kamal memuat naik video lama memaparkan isterinya dan anak mereka, Hawra Uqaira meluangkan masa bersama-sama.

Perkongsian tersebut meraih perhatian orang ramai dengan kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Bahkan ramai menyatakan hantaran dibuat adalah disebabkan rindu yang membuak-buak terhadap insan kesayangannya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan terbabit didakwa bergolak sejak April lalu sehingga akhirnya desas-desus itu disahkan sebaik Uqasha, 33, memfailkan permohonan perceraian pada 1 Oktober lalu.

Kes mereka kini masih dalam proses mahkamah dan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula.

Kamal, 39, dan Uqasha disatukan di Janda Baik, Pahang pada pada 5 November 2021. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 11 bulan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Must Read

Perbicaraan Rasuah RM2.8 Juta Babit Bung Moktar, Zizie Izette Ditangguh Selepas...

0
KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November...

CATEGORIES