Sunday, September 28, 2025
HomeHIBURANElly Mazlein Umum Undur Diri, Enggan Bertanding Lagi Anugerah

Elly Mazlein Umum Undur Diri, Enggan Bertanding Lagi Anugerah

PETALING JAYA: “Saya akan buat kenyataan pengunduran diri daripada sebarang program anugerah.”

Demikian respon dari Elly Mazlein selepas seorang peminat menyatakan hasrat untuk mengundinya dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-37 sekiranya namanya tersenarai sebagai calon.

“Alhamdulillah, saya sudah merasa kemenangan itu sebelum ini, kini saya ingin memberi ruang dan peluang kepada pengacara lain. Bagi saya, cukuplah sekadar menang di hati masyarakat. Saya akan terus berada dalam industri ini,” ujarnya.

Kenyataan tersebut dikongsi menererusi hantaran di Instagram milik Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Kepom.

Selebriti dan pengacara, Elly Mazlein membuat pengumuman rasmi bahawa dirinya tidak lagi akan menyertai mana mana program berbentuk anugerah.

Elly, atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,44, berkata dia sudah berpuas hati selepas pernah meraih trofi Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-35.

Bagi Elly, apa yang lebih utama bagi dirinya adalah terus kekal menjadi anak seni yang menghiburkan orang ramai dan sentiasa memenangi hati para peminat.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘GSF Akan Diserang? Saya Memang Berdebar, Doa Tanpa Henti’ – Nadzmi...

0
PETALING JAYA – Pelakon Nadzmi Adhwa mengakui hanya mampu berserah kepada Allah mengenai keselamatan isterinya, pelakon Ardell Aryana yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud...

CATEGORIES