Saturday, May 30, 2026
HomePERNIAGAANAnugerah Lagu Indie 2024 Hargai Peminat: Honda RS-X Winner Jadi Milik Penonton...

Anugerah Lagu Indie 2024 Hargai Peminat: Honda RS-X Winner Jadi Milik Penonton Bertuah

BATU CAVES, 28 Ogos 2025 – Anugerah Lagu Indie 2024 (ALI24), sebuah inisiatif yang meraikan kreativiti dan keaslian muzik bebas tanah air, telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah peraduan “Tonton ALI24 & Menang Motor” kepada pemenang yang telah dipilih melalui Siaran Langsung Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2024 pada 27 Julai lalu.

Ini adalah tahun kedua Honda Motorcycle Malaysia bekerjasama dengan Anugerah Lagu Indie. Tahun ini Honda Motorcycle Malaysia telah menaja sebuah motosikal Honda RS-X Winner bernilai RM10,298.00, yang dimenangi oleh pemenang bertuah, Fathana Nadirah bt Mohd Tareh, 36 tahun.

Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Honda Impian X V Power Motor Sdn. Bhd., Batu Caves, Selangor, dengan l disempurnakan oleh Steven Chin, Division Head of Marketing bersama Jennifer Thompson, Co-EP Anugerah Lagu Indie 2024. Turut hadir memeriahkan acara ialah Eddick Cheah, Brand Comms Manager; Helmi Azman, pelumba pasukan Maeztro SCK Honda Racing Team; serta Haziq Fairuze, pelumba pasukan Idemitsu Honda Yam Racing.

Objektif utama tajaan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan jenama Honda dengan golongan belia di Malaysia melalui penganjuran peraduan peminat di Anugerah Lagu Indie 2024, dengan menawarkan Honda RS-X Winner sebagai hadiah utama.

Mengenai Peraduan “Tonton ALI24 & Menang Motor”

Peraduan “Tonton ALI24 & Menang Motor” telah diadakan secara eksklusif di Platform X, khusus untuk penonton siaran langsung YouTube ALI (@anugerahlaguindie). Sepanjang program, tiga kod unik didedahkan dalam segmen yang berbeza. Peserta perlu mengumpulkan kesemua kod tersebut dan menjawab satu soalan berkaitan Honda dengan cara:

Penonton seterusnya harus menghantar ciapan di Platform X yang mengandungi ketiga-tiga kod, jawapan soalan, tag @anugerahlaguindie dan @hondamotorcycle.my, serta menggunakan hashtag #ALI2024HONDA.

Pemenang ditentukan berdasarkan peserta pertama yang menghantar maklumat dengan betul dan pantas. Promosi pertandingan berlangsung dari 21 – 27 Julai 2025 (7 hari) dan berlangsung pada 27 Julai 2025 (1 hari sahaja). Pemenang telah diumumkan secara rasmi semasa Malam Finale ALI24 di Jiospace, Petaling Jaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES