Tuesday, May 19, 2026
HomeHIBURANAdira & Black Berpadu Suara Dalam Balada Terbaru Memilih Kamu

Adira & Black Berpadu Suara Dalam Balada Terbaru Memilih Kamu

Petaling Jaya – Dua penyanyi terkenal, Black Hanifah dan Adira Suhaimi berpadu suara dalam sebuah lagu duet balada berjudul Memilih Kamu.

Ujar Black, lagu ini merupakan sebuah karya yang mengangkat kisah persahabatan antara lelaki dan wanita, yang mana tersembunyi rasa cinta.

‘Lagu Memilih Kamu mengisahkan tentang sepasang sahabat seorang lelaki dan seorang wanita. Dalam hubungan persahabatan itu, si lelaki sebenarnya menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut.

‘Namun begitu, wanita itu pada waktu yang sama sudah mempunyai teman lelaki atau pasangan lain.’

‘Menariknya, di penghujung cerita, akhirnya mereka disatukan juga dan dapat bersama dengan wanita yang disayangi dalam diam.’ kata Black.

Sementara itu, Adira menyifatkan lagu ini umpama satu lembaran cerita mengenai cinta yang tidak kesampaian.

Biarpun rakaman lagu dilakukan secara berasingan, pelatun lagu Pujaan Hati ini menjelaskan karya ini berbeza dengan karya terdahulu.

‘Kalau nak kata susah, sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Ini kerana, melalui liriknya sahaja kita sudah boleh merasai emosi lagu tersebut.

‘Tambahan pula, sebelum sesi rakaman dijalankan, kami sudah menerima demo lagu tersebut terlebih dahulu. Jadi, walaupun tidak merakam secara bersama di studio, tetapi feel lagu itu tetap sampai.’ ujarnya.

Merupakan hasil ciptaan dua nama besar, Mas Dewangga dan Jova Devito, karya ini sememangnya dicipta khusus untuk kedua-dua penyanyi ini.

Lagu Memilih Kamu terbitan Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik pada hari Jumaat, 22 Ogos 2025 manakala video muzik ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Haroqs Mohon Maaf Campak Coklat Ke Laut, Niat Mahu Sampaikan Ke...

0
Personaliti media sosial dan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan tindakannnya mencampakkan coklat ke laut mengundang kecaman...

CATEGORIES