Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANImpian Jadi Kenyataan, Fatima Senyum Lebar Di Disneyland

Impian Jadi Kenyataan, Fatima Senyum Lebar Di Disneyland

PETALING JAYA: Tidak jemu membahagiakan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, aktor, Fattah Amin gembira dapat memenuhi permintaan si kecil itu untuk membawanya ke Disneyland, Hong Kong.

Turut membawa bersama dua orang sepupunya ke taman tema terkemuka itu, raut wajah Fatima juga jelas menggambarkan dirinya gembira dapat bercuti bersama bapa tersayang.

“Lawatan ke Disneyland bersama yang tersayang,” katanya menerusi sebuah perkongsian di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Fattah juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen indah bersama Fatima sepanjang bercuti bersama di sana.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai reaksi dari kalangan netizen yang gembira melihat keakraban dua beranak itu.

“Tahniah Fattah Amin! Teruskan mencari kebahagiaan bersama anak. Cipta sebanyak mungkin kenangan indah bersamanya. InsyaAllah, Allah akan bersama mereka yang bersabar,” komen netizen.

“Sangat gembira untuk Fattah dan Fatima. Semoga Allah curahkan kebahagiaan yang melimpah ruah dan kenangan indah bersama kekal selamanya,” komen seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Fatima pernah meluahkan hasrat kepada bapanya untuk bercuti di taman tema terkemuka itu pada Jun lalu.

Sekadar info, Fattah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES