Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURANPenampilan Sopan Fazura & Lisdawati Jadi Bualan Netizen

Penampilan Sopan Fazura & Lisdawati Jadi Bualan Netizen

PETALING JAYA – Bersukan atau melakukan aktiviti lasak bukan alasan untuk mana-mana wanita berhijab memandang ringan aspek aurat atau penampilan sopan. Itu yang dilakukan dua pelakon popular, Nur Fazura dan Lisdawati ketika ini yang mendapat pujian netizen impak penampilan sopan ketika beriadah.

Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, dipuji kelihatan manis dan sopan ketika bermain sukan ‘pickle ball’ yang kian menjadi ‘trend’ di Malaysia.

“Selalu tengok orang main ‘pickle ball’ ramai yang pakai pakaian seksi seksa. Bukan perempuan sahaja ya. Lelaki pun ramai sahaha main ‘pickle ball’ seluar dah macam pakai ‘spender’.

“Tengok Fazura main elok sahaja tertutup sopan. Masih nampak cantik dan bergaya. Banyak sahaja seluar dan pakaian yang tutup punggung sekarang ni. Nak dengan tak nak sahaja kan?,” komen netizen dalam Threads.

Sementara itu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 47, pula dipuji kerana berpakaian sopan dan longgar ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ bersama suaminya Fauzi Nawawi.

Lisda yang sebelum ini memang gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi sejak zaman anak daranya kelihatan manis menunggang motosikal RXZ yang sinonim dengan kaum adam itu.

“Tahniah Lisdawati. Penampilan ‘rider’ muslimah memang ‘rare’. Semoga menjadi ikon kepada ‘rider’ wanita yang lain,” komen netizen dalam Instagram.

Netizen turut memberi cadangkan agar Lisda dan Fauzi diangkat sebagai ikon perhimpunan RXZ yang diadakan setiap tahun di Terengganu.

Terdahulu sebelum ini beberapa selebriti popular sering dilihat berpakaian mencolok mata sewaktu beriadah terutamanya ketika bermain sukan ‘pickle ball’.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terpaksa Ludah Muka, Tendang Rosyam, Sebenarnya Saya Takut’ – Sophia Albarakbah

0
PETALING JAYA – Demi menghidupkan babak dalam drama Jiwa Seorang Pentaksub, pelakon Sophia AlBarakbah sanggup mengetepikan rasa bersalah dan berdebar apabila terpaksa meludah wajah...

CATEGORIES