Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITA6 Pelajar Sekolah Agama Direman, Kes Buli Junior Dalam Siasatan

6 Pelajar Sekolah Agama Direman, Kes Buli Junior Dalam Siasatan

KEMAMAN – Seramai enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan terkenal di daerah ini direman tiga hari sehingga lusa bagi membantu siasatan kes memukul dan membuli seorang pelajar ‘junior’ di dalam bilik asrama sekolah itu pada akhir bulan lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, kesemua pelajar tingkatan empat itu didakwa telah memukul dan membuli seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun.

“Pelajar tingkatan tiga tersebut mendakwa dipukul oleh kesemua suspek di dalam bilik asrama sekolah itu pada pukul 1.30 pagi, 30 Julai lalu.

“Dia mendakwa mengalami kecederaan ringan akibat perbuatan tersebut sebelum membuat laporan polis pada 3 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Jam Pak Nil Kumpul Lebih RM100,000 Bantu Anak Amyza

0
PETALING JAYA – Bukti keprihatinan masyarakat, pengacara Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai berjumlah RM137,127.90 bagi membantu membiayai kos perubatan anak...

CATEGORIES