Sunday, April 19, 2026
HomeHIBURANBuat Main Darah Palestin, Dai Syed Diserang Netizen

Buat Main Darah Palestin, Dai Syed Diserang Netizen

PETALING JAYA – “Spesis ini (Da’i Syed) memang layak diboikot.”

Demikian komen netizen mengenai tindakan penceramah selebriti Da’i Syed yang didakwa tidak menjaga sensitiviti berhubung isu Palestin.

Perkara itu menjadi kemarahan netizen apabila Syed dalam sebuah video viral menerusi TikTok, dilihat menggunakan isu Palestin ketika mempromosikan gincu jualan isterinya, Hana Ismail.

Menurut Kosmo, tindakan pelantun lagu Albi Nadak itu yang seolah-olah menunggang isu hangat global demi menarik perhatian umum tidak disenangi apabila menyamakan warna gincu yang dicalitkan ke bibir isterinya dengan darah rakyat Palestin di Gaza.

“Tidak sesuai dengan gurauan Palestin. Awak seolah-olah tidak menjaga sensitiviti penderitaan mereka di sana,” kata netizen.

“Boleh pula bergurau menggunakan darah. Apalah kau ini,” herdik netizen lagi.

Dalam video siaran langsung TikTok tersebut, pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mencomotkan bibir Hana.

“Darah sikit, baru Palestin,” seloroh Syed.

Pada awalnya, Hana dilihat kurang selesa dengan tindakan Syed namun, tetap sabar melayani kerenah suami.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES