Sunday, October 25, 2026
HomeBERITAKanak-kanak Derita Zip Tersangkut Hidung

Kanak-kanak Derita Zip Tersangkut Hidung

KLANG – Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung derita selama sejam selepas zip beg tersangkut dalam lubang hidung kanan di Kapar, lewat petang tadi.

Difahamkan, insiden itu berlaku apabila mangsa berusia lima tahun bermain zip begnya sebelum disedari ibunya berusia 37 tahun kira-kira pukul 6.30 petang selepas pulang dari kerja.

Berdasarkan laporan Kosmo, ibu mangsa kemudiannya membawanya ke sebuah klinik swasta di Meru sebelum diminta ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar untuk tindakan seterusnya.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lima anggota termasuk pegawai BBP berkenaan terlibat dalam operasi bermula kira-kira pukul 7.32 petang.

Katanya, pihak bomba mendapati zip tersebut tersangkut dalam hidung kanak-kanak berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira enam minit bagi mengeluarkan zip itu menggunakan penyepit khas.

“Tiada kecederaan pada kanak-kanak sebelum diserahkan kepada ibu mangsa untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES