Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITANegara Komited Bangunkan Persekitaran Digital Inklusif Dan Bertanggungjawab

Negara Komited Bangunkan Persekitaran Digital Inklusif Dan Bertanggungjawab

Tokyo: Negara tegas memberikan komitmen dalam membangunkan persekitaran digital selamat dan dipercayai di rantau Asia-Pasifik.

Perkara itu selaras dengan peranan negara  memastikan akauntabiliti dalam kalanganplatform digital membina persekitaran digital inklusif malah dipercayai. 

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata aspirasi itu penting untuk membina infrastruktur digital berdaya tahan, inklusif dan mampan bagi memajukan rantau Asia Pasifik saling terhubung.


Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghadiri  Mesyuarat Menteri Komunikasi Asia-Pasifik (APT) Sesi Ke-4 bertemakan Persekitaran Digital yang Selamat dan Dipercayai di Tokyo, Jepun. Foto: Bernama

Katanya, Malaysia juga sedang meneroka penubuhan Kit Alat ASEAN untuk keselamatan dalam talian.

“Kit ini dapat mengumpulkan sumber praktikal dan amalan terbaik dari Negara Anggota ASEAN untuk menangani cabaran keselamatan dalam talian yang unik bagi setiap negara.

Fahmi memberitahu negara sentiasa menumpukan keselamatan siber dan membina ekosistem digital boleh dipercayai di rantau Asia-Pasifik. Foto: Bernama

“Ia akan berfungsi sebagai dokumen panduan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, membolehkan Negara Anggota belajar antara satu sama lain.

“Kit berkenaan juga memperkukuhkan usaha serantau memerangi berita palsu, maklumat salah, menyumbang kepada bahaya dalam talian dan eksploitasi di seluruh rantau ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Menteri Komunikasi Asia-Pasifik (APT) Sesi Ke-4 bertemakan Persekitaran Digital yang Selamat dan Dipercayai berlangsung selama dua hari pada 30 Mei dan 31 Mei 2025, di Tokyo, Jepun.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, Jepun, Murakami Seiichiro; Setiausaha Agung, Asia-Pacific Telecommunity (APT), Masanori Kondo dan Pengarah, Biro Pembangunan Telekomunikasi (BDT), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU),Dr. Cosmas Luckyson Zavazava. 

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan strategi dan langkah-langkah memperkukuh keselamatan siber dan membina ekosistem digital boleh dipercayai di rantau Asia-Pasifik.

Malaysia juga sedang meneroka penubuhan Kit Alat ASEAN untuk keselamatan dalam talian- Fahmi. Foto: Bernama

Fahmi memberitahu sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia memulakan dan memimpin Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Selamat dan Bertanggungjawab Platform Media Sosial untuk ASEAN. 

Ujarnya, draf Deklarasi itu disahkan pada Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) ke-17 pada 7 Mei 2025 dan akan diterima pakai secara rasmi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober 2025.

“Melalui Deklarasi ini, ASEAN memperkukuhkan lagi usaha kolektifnya untuk mempromosikan tingkah laku dalam talian bertanggungjawab.

“Hal ini selari dengan komitmen negara untuk membina komuniti berpusatkan rakyat dan berdaya tahan digital,” katanya lanjut. 

Beliau juga menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif diketengahkan negara untuk meningkatkan keselamatan digital.

Terdapat empat inisiatif utama antaranya Kempen Keselamatan Internet, program nasional bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan internet melalui advokasi dan penglibatan komuniti.

“Jelajah Kempen Keselamatan Internet, melibatkan forum interaktif dan sesi penglibatan dengan pelajar dan orang awam untuk mempromosikan keselamatan dalam talian serta tingkah laku digital bertanggungjawab.

“Rangka Kerja Pengawalseliaan membolehkan negara memperkenalkan Rangka Kerja Pengawalseliaan bagi Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet dan Media Sosial, mewajibkan penyedia perkhidmatan dengan lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia memohon Lesen Kelas Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (“ASP (C)”) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Akhir sekali, Kod Etika (Amalan Terbaik) diterbitkan pada 20 Disember 2024, untuk mempromosikan amalan beretika, akauntabiliti dan pemantauan kandungan bertanggungjawab oleh platform seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, X (sebelum ini Twitter) dan TikTok,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hazama Tolak Sertai GVF Demi Komitmen Kerja Yang Dipersetujui Awal

0
KUALA LUMPUR – Komitmen kerja yang telah dipersetujui lebih awal menjadi punca penyanyi Hazama tidak dapat menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), sekali gus...

CATEGORIES