Monday, August 17, 2026
HomeBERITASeniwati Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Seniwati Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Seniwari legenda, Sophia Ibrahim disahkan meninggal dunia di pusat perubatan KPJ Ampang Puteri pukul 7.15 petang petang selepas mengalami sesak nafas ketika menghadiri sebuah program.

Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, jenazah Allahyarham Sophia, 77, kini sedang diuruskan di hospital sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang ke kediaman anak saudaranya di Batu Caves malam ini.

“Ya, kami dimaklumkan mengenai khabar duka tersebut. Ketika ini jenazah masih berada di hospital.

“Pihak Karyawan mengucapkan takziah kepada pihak keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Sebelum itu, arwah mengalami sesak nafas ketika menghadiri satu program di Hotel Grand Barakah Ampang sebelum di bawa ke pusat perubatan tersebut.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Sophia dijangka dibawa ke Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pagi ini.

Sophia yang juga kakak kepada penyanyi Datuk Khadijah dan Allahyarham Latif Ibrahim mula aktif di pentas hiburan sejak era 1960-an. Antara filem lakonannya adalah Dr Rushdi yang diarah dan dibintangi Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada 1970.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politik, Farhan Fauzi pada Ogos tahun lalu menghulur sumbangan kepada Sophia bagi meringankan kos pembedahan katarak mata yang mengganggu fungsi penglihatannya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Bakal Fail Cerai, 7 Bulan Tidak Bertemu Suami – Julia...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Julia Farhana Marin bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum selepas hampir setahun melalui kemelut rumah...

CATEGORIES