Tuesday, November 17, 2026
HomeLUAR NEGARAJet Pejuang Tentera AS Jatuh Dalam Laut, Tergelincir Dari Kapal

Jet Pejuang Tentera AS Jatuh Dalam Laut, Tergelincir Dari Kapal

SANA’A – Sebuah jet pejuang Super Hornet F/A-18E milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$56 juta (RM243 juta) jatuh dari kapal pengangkut pesawat, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang pegawai memberitahu saluran berita CNN bahawa laporan awal menunjukkan, kapal USS Harry Truman membuat pusingan secara tiba-tiba untuk mengelak serangan kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.

Ia menyebabkan sebuah kenderaan yang menunda jet itu hilang kawalan, mengakibatkan kedua-duanya jatuh ke dalam Laut Merah.

Namun, juruterbang dan anggota tentera laut AS yang memandu kenderaan penunda itu berjaya menyelamatkan diri sebelum ia jatuh ke dalam laut.

“Siasatan sedang dijalankan,” kata pegawai tersebut.

Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear seperti USS Harry Truman boleh membawa sehingga 130 jet tempur.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hazama Tolak Sertai GVF Demi Komitmen Kerja Yang Dipersetujui Awal

0
KUALA LUMPUR – Komitmen kerja yang telah dipersetujui lebih awal menjadi punca penyanyi Hazama tidak dapat menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), sekali gus...

CATEGORIES