Saturday, October 31, 2026
HomeSUKANTiket Aksi Red Devils Dijual Pagi Ini

Tiket Aksi Red Devils Dijual Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Tiket aksi persahabatan antara Manchester United dan ASEAN All-Stars yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei ini sudah boleh dibeli bermula jam 11 pagi nanti.

Selepas 16 tahun, Manchester United kini kembali ke Malaysia dan ia dijangka akan menarik minat penyokong dari segenap negara serantau antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, dan Vietnam.

“Ini adalah detik terbaik buat Malaysia, maka jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan kehebatan Manchester United secara langsung di Bukit Jalil. Jadilah sebahagian daripada detik bersejarah ini, dapatkan tiket anda dan ayuh ciptakan kenangan yang tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan pihak penganjur.

Jualan tiket kepada orang ramai akan dibuka secara eksklusif di www.ticketingempire.com dan peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Antara pemain yang dijangka akan mendapat perhatian ramai adalah Alejandro Garnacho, Bruno Fernandes dan penjaga gol, Andre Onana.

Tidak hanya sekadar perlawanan bola sepak, aksi ini dijangka memberikan impak positif kepada industri pelancongan dan hospitali di negara ini sekaligus bakal memacu ekonomi tempatan serta mempamerkan kemampuan Kuala Lumpur menganjurkan acara antarabangsa bertaraf dunia.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES