Thursday, August 20, 2026
HomeBERITAKerajaan Akan Perhebatkan Inisiatif Untuk Komuniti India – Anwar

Kerajaan Akan Perhebatkan Inisiatif Untuk Komuniti India – Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Madani akan terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini melalui pelbagai program.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia termasuk melalui pembiayaan perniagaan komuniti India selain menambah baik semua aspek penting seperti pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

“Ini penting dalam merealisasikan hasrat memartabat masyarakat India di negara ini sekali gus meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India pada masa hadapan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengucapkan Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee yang meraikannya.

Kata Anwar, beliau berharap semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kegembiraan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan komuniti Malayalee

“Kita raikan kepelbagaian ini dengan rasa bangga, kerana inilah warna-warni Malaysia yang menjadikan negara kita unik dan kuat. Teruskan semangat perpaduan, itulah kekuatan sebenar kita,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ibu Ditembak Mati, Anak Dicampak Dalam Gaung

0
JAKARTA – Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KKB) sekali lagi melakukan keganasan di  Papua Tengah selepas menjadikan sembilan wanita tebusan, menembak mati seorang ibu dan  mencampakkan...

CATEGORIES