Saturday, August 29, 2026
HomeBERITATabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.25%

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.25%

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat lebih tinggi sebanyak 3.25 peratus bagi tahun kewangan 2024, berbanding 3.1 peratus pada tahun kewangan sebelumnya.

Agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.92 bilion, berbanding RM2.72 bilion pada 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, agihan itu akan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit TH.

Menurutnya, ia merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan untuk tempoh tujuh tahun sejak 2018.

“TH telah membantu lebih 1.5 juta umat Islam di negara ini mengerjakan haji sejak penubuhannya dan turut menanggung Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM2.8 bilion sejak ia diperkenalkan pada 2001,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rajin Belajar Masak Strategi Elisya Sandha Pikat Mentua

0
KADANGKALA, hubungan antara menantu dan ibu mentua tidak semuanya indah. Bukan semua bertuah mendapat keserasian, dan salah percaturan, sengketa pula yang tiba. Bagi pelakon, Elisya...

CATEGORIES