Friday, April 17, 2026
HomeBERITA19,574 PATI Ditahan Sehingga 18 Oktober

19,574 PATI Ditahan Sehingga 18 Oktober

KUALA LUMPUR – Daripada 80,065 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diperiksa di seluruh negara sejak Januari sehingga 18 Oktober, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menahan 19,574 daripada mereka atas pelbagai kesalahan berkaitan imigresen.

Menurut Kosmo, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, serta 4,492 pelbagai warga negara lain.

“Pada masa yang sama 245 majikan turut ditahan sepanjang tempoh itu yang mana 234 adalah warga tempatan,” katanya kepada pemberita selepas serbuan di sebuah kondominium di Jalan Munshi Abdullah, di sini, awal pagi tadi.

Tambah beliau, kesemua angka tersebut diperoleh hasil daripada 7,169 serbuan yang dilakukan tanpa kompromi di seluruh negara.

“Antara kesalahan dilakukan adalah melanggar Akta Imigresen Akta lmigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi penguatkuasaan secara berterusan bersama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Berada Di Landasan Tepat Menjadi Negara AI

0
ISKANDAR PUTERI – Malaysia berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran menjadi Negara Kecerdasan Buatan (AI) menjelang 2030 meskipun berdepan ketidaktentuan global disebabkan konflik...

CATEGORIES