Monday, September 21, 2026
HomeBERITALebih 50 Rumah Di Sungai Buloh Terjejas Benteng Takungan Air Pecah

Lebih 50 Rumah Di Sungai Buloh Terjejas Benteng Takungan Air Pecah

PETALING JAYA – Kejadian benteng takungan air pecah sehingga menyebabkan banjir kilat di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini, petang semalam menjejaskan lebih 50 rumah.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah turun padang dan akan berusaha untuk memastikan insiden itu tidak berulang.

“Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan penduduk terjaga.

“Langkah-langkah susulan diambil bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang selepas perbincangan dengan pemimpin komuniti dan agensi berkaitan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, beliau berasa terkejut apabila diberitahu tentang kejadian itu petang semalam.

Katanya, beliau telah mengarahkan pasukan sukarelawan dari Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh turun padang meninjau situasi terkini dan membantu penduduk yang memerlukan bantuan.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan penyelamat termasuk pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan atas tindakan pantas mereka,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES