Tuesday, November 17, 2026
HomeBERITAMangsa Banjir Kelantan Terus Menurun, 3 Daerah Masih Terjejas Bah

Mangsa Banjir Kelantan Terus Menurun, 3 Daerah Masih Terjejas Bah

KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama di Kelantan semakin pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini menurun kepada 33,892 orang.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 10,821 keluarga itu ditempatkan di 86 buah pps.

Menurutnya, setakat ini, hanya tiga daerah terjejas banjir iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Bachok.

“Tumpat menempatkan mangsa banjir paling ramai di PPS dengan 18,360 orang, namun menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 20,556 orang.

“Jumlah mangsa di Pasir Mas turut menurun kepada 15,491 orang manakala 41 orang masih berlindung di dua buah PPS di Bachok,” katanya.

Sementara itu, laman web Public Info Banjir melaporkan, semua sungai-sungai utama di Kelantan berada pada paras normal.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hazama Tolak Sertai GVF Demi Komitmen Kerja Yang Dipersetujui Awal

0
KUALA LUMPUR – Komitmen kerja yang telah dipersetujui lebih awal menjadi punca penyanyi Hazama tidak dapat menyertai program Gegar Vaganza Fantasia (GVF), sekali gus...

CATEGORIES