Monday, September 21, 2026
HomeSUKANEPL: Liverpool Enggan Bermimpi Awal

EPL: Liverpool Enggan Bermimpi Awal

LIVERPOOL – Kemenangan 2-0 ke atas Manchester City awal pagi semalam meletakkan Liverpool berada dalam landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila mendahului dengan kelebihan 11 mata.

Pada perlawanan yang berlangsung di Anfield itu, Liverpool menampilkan aksi cukup dominan apabila melakukan tujuh percubaan tepat dan berjaya menjaringkan gol menerusi Cody Gakpo dan Mohamed Salah.

Meskipun berada dalam kedudukan selesa untuk memenangi gelaran liga, namun kapten The Reds, Virgil van Dijk mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin memandangkan saingan liga masih panjang.

“Apa yang paling penting sekarang adalah kami perlu fokus pada perlawanan akan datang. Tidak ada guna jika kami terlalu yakin untuk melakukannya (memenangi liga) pada ketika ini kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Sudah tentu semua orang mahu berada dalam posisi ini, memiliki kelebihan 11 mata ke atas pencabar terdekat. Sudah pasti cabarannya lebih besar selepas ini, jadi kami perlu bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Mengulas aksi ditampilkan pasukan ketika bertemu City, pemain antarabangsa Belanda itu memuji rakan sepasukannya yang berjaya mempamerkan persembahan cukup baik, terutamanya di posisi pertahanan dan serangan.

“City adalah pasukan hebat yang memenangi liga empat kali berturut-turut. Mereka memiliki kualiti untuk menghukum mana-mana pasukan tetapi hari ini (semalam) kami cukup kebal di bahagian pertahanan selain mencipta banyak peluang,” ujar Van Dijk.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia Terus Kukuh, Fokus Kepada Pertumbuhan Dan Strategi Jangka Panjang

0
BANGKOK, 18 September 2026 – AirAsia Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia X Berhad) (“AirAsia” atau “Kumpulan”) hari ini menegaskan pendekatannya yang fokus, berdisiplin...

CATEGORIES