Saturday, September 12, 2026
HomeBERITADua Lelaki Ditahan, Tanaman Hiasan RM2.52 Juta Dirampas

Dua Lelaki Ditahan, Tanaman Hiasan RM2.52 Juta Dirampas

PASIR MAS – Dua lelaki dicekup Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas membawa pelbagai jenis tanaman hiasan yang dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM2.52 juta dalam serbuan berasingan di sini, pada Sabtu.

Rampasan menerusi Op Taring Wawasan itu melibatkan tanaman hiasan jenis orkid, Bromeliad, Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis.

Tangkapan pertama terhadap seorang suspek berusia 32 tahun itu dilakukan pada jam 8 malam selepas pihaknya menahan sebuah lori jenis Hino di Kampung Kubang Rambutan, Pasir Mas.
Tangkapan pertama terhadap seorang suspek berusia 32 tahun itu dilakukan pada jam 8 malam selepas pihaknya menahan sebuah lori jenis Hino di Kampung Kubang Rambutan, Pasir Mas.

 

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan pertama terhadap seorang suspek berusia 32 tahun itu dilakukan pada jam 8 malam selepas pihaknya menahan sebuah lori jenis Hino di Kampung Kubang Rambutan di sini.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan pelbagai jenis tanaman hiasan jenis Citharexylum Spinosum dan Juniperus Chinensis dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah bernilai RM510,000.

“Untuk tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun dilakukan pada jam 9.45 malam di Kampung Lubok Stol selepas PGA menahan sebuah lori jenis Hicom yang dipandu dalam keadaan mencurigakan,” katanya pada Isnin.

 

Hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis tanaman hiasan jenis orkid dan Bromeliad bernilai RM2.01 juta yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.
Hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis tanaman hiasan jenis orkid dan Bromeliad bernilai RM2.01 juta yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

 

Menurut beliau, hasil pemeriksaan telah menjumpai pelbagai jenis tanaman hiasan jenis orkid dan Bromeliad bernilai RM2.01 juta dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah.

Ujarnya, kedua-dua suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan terbabit ke pasaran tempatan.

Sumber – Sinar Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kereta Elektrik Menanti Atlet Karate Jika Tuai Emas Di Sukan Asia

0
GANJARAN lumayan berupa kenderaan elektrik (EV) bernilai lebih RM60,000 bakal menanti atlet karate negara sekiranya mereka berjaya menjelmakan kilauan pingat emas pada Sukan Asia...

CATEGORIES