Wednesday, April 29, 2026
HomeHIBURAN‘Moga Allah Angkat Musibah, Permudahkan Urusan Kita’

‘Moga Allah Angkat Musibah, Permudahkan Urusan Kita’

PETALING JAYA – Pengacara Hana Ismail menitipkan doa agar Allah mengangkat segala musibah yang menimpa keluarganya sempena ulang tahun kelahiran suaminya yang juga pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Dalam masa sama, Hana atau nama lengkapnya Nurul Hana Ismail, 38, turut mendoakan mereka yang memberikan sokongan kepada mereka sepanjang berhadapan episod hitam sebelum ini.

“Selamat hari lahir baba Nour (Syed). Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan mereka yang membantu serta mendoakan kita,” katanya dalam Instagram.

Dalam hantaran tersebut, bekas pengacara PM Live! itu memuat naik gambar bersama suami yang memangku anak perempuan mereka, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian mendapati Syed tidak mengulang siar (repost) hantaran isterinya itu.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Syaiful, 29, dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebutan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Selepas 21 hari dipenjarakan, Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes.

Sumber– KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES