Sunday, May 31, 2026
HomeHIBURANPekin Ibrahim: ‘Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal, cerita hal wanita’

Pekin Ibrahim: ‘Tidak sekali pun saya nampak Fattah gatal, cerita hal wanita’

PETALING JAYA – Tampil mempertahankan rakan baik, pelakon Pekin Ibrahim menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan Fazura terhadap bekas suaminya, Fattah Amin sebagai tuduhan berat.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, 42, mendedahkan sepanjang di set penggambaran sahabatnya itu tidak pernah menyebut mengenai wanita lain apatah lagi menjalin hubungan gelap.

“Sampai waktu solat, dia hanya minta rehat untuk tunaikan kewajipan. Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau,” tulisnya dalam Facebook.

Pekin yang pernah mengikuti pengajian jarak jauh (PJJ) di Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Fattah turut mendedahkan aktor terbabit kerap meluahkan perasaan rindu kepada isteri, Nur Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya, 4.

“Sepanjang luangkan masa bersama, tidak sekali pun dia menunjukkan masalah pada wajahnya.

Walaupun rumah tangga pelakon itu sedang bergolak, Pekin memuji sikap Fattah, 34, yang tetap tenang dan profesional sepanjang bekerja.

Dalam hantaran sama, suami kepada pelakon Mona Allen itu turut mendoakan agar sahabatnya tabah memghadapi ujian dalam kehidupan berumah tangga.

“Apa yang mampu, kita doa supaya beliau tabah dan kuat. Sedih dengar hal-hal cerai begini. Minta dijauhkan,” ujarnya.

Terdahulu selepas bercerai, Nur Fazura mengesahkan Fattah berlaku curang dan culas memberi nafkah yang menjadi punca dia memfailkan perceraian.

Begitupun, pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menafikan kesemua dakwaan berkenaan selain menganggap tuduhan dilemparkan bertujuan memalukan dirinya.

Selepas tujuh tahun bergelar suami isteri, Nur Fazura, ,41, dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, pukul 9.45 pagi semalam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES