Monday, August 17, 2026
HomeBERITAMKR Lancar Traktor EV Pertama Malaysia, Jalin Kerjasama Dengan Pemimpin Teknologi Untuk...

MKR Lancar Traktor EV Pertama Malaysia, Jalin Kerjasama Dengan Pemimpin Teknologi Untuk Solusi Pintar Pertanian

SERDANG, 21 September 2024 – MKR HARTAMAS (MKR) memperkenalkan traktor kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, TerraGlide EV40, sebagai langkah penting transformasi sektor pertanian negara. TerraGlide EV40, sebuah traktor elektrik sepenuhnya, tidak menghasilkan pelepasan karbon, selaras dengan agenda negara untuk memerangi perubahan iklim dan mempromosikan amalan pertanian mampan.

Inisiatif baru ini menyokong Dasar Agromakanan Negara 2.0, dasar utama Malaysia untuk pembangunan sektor pertanian yang mampan dan didorong oleh teknologi. TerraGlide EV40 adalah inisiatif yang besar dalam menangani keperluan mendesak untuk solusi pertanian yang mesra iklim dan menawarkan petani alternatif yang berkesan dan lebih lestari berbanding jentera tradisional.

Pelancaran TerraGlide EV40 oleh MKR juga diadakan dengan penandatanganan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan kongsi utama, termasuk Credence (sebuah syarikat TM), yang diwakili oleh Naib Presiden Kanan Operasi, Moharmustaqeem Mohammed, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diwakili oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Biologi & Pertanian, Profesor Madya Dr. Nazmi Mat Nawi, Thai Achitech, yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Kingpetch Hempotirat, dan Rompin Dairy Farm yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fahrizal Dato’ Srihassan. MKR diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khalili Rosly. Pertukaran MoU itu disaksikan oleh Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Zaipudin Mohamad, Pengarah Bahagian Kejuruteraan LPP, dan Mohd Fadzil Mat Desa, Pengarah Bahagian Mekanikal dan Elektrik Muda Agriculture Development Authority (MADA) di MAHA 2024 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show).

Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepat kemajuan solusi pertanian pintar, dengan penekanan pada IoT (Internet Pelbagai Benda), perkhidmatan digital berasaskan awan, dan teknologi pertanian yang lebih lestari untuk mengoptimumkan hasil tanaman, meningkatkan teknik pertanian tepat, dan mengurangkan jejak karbon secara ketara.

Mengulas mengenai pelancaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif MKR, Khalili Rosly berkata, “Fokus MKR sentiasa pada inovasi yang memberikan nilai sebenar kepada komuniti pertanian. TerraGlide EV40 adalah lebih daripada sekadar traktor elektrik – ia adalah simbol masa depan pertanian, di mana teknologi dan kelestarian bergerak seiring. Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi utama seperti Credence yang berkongsi visi kami untuk Malaysia yang lebih lestari dan pintar.”

Kepakaran MKR dalam projek pertanian berasaskan IoT sebelum ini telah membolehkan petani meningkatkan produktiviti dalam kelestarian. Pengenalan TerraGlide EV40 diinspirasikan dari kejayaan ini, di mana MKR menyediakan solusi berprestasi tinggi mesra alam yang mengurangkan kos operasi dan pelepasan karbon sambil meningkatkan kecekapan.

MKR bersama-sama rakan kongsinya sedang memajukan pertanian pintar, kelestarian alam sekitar, dan teknologi canggih bersatu untuk mewujudkan manfaat yang berpanjangan untuk Malaysia dan seterusnya global.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Macam Jamal, Siti, Ke Konsert Mesti Nak Dengar Lagu Hit’

0
HAMPIR empat dekad berkelana dalam dunia muzik, kumpulan rock otai XPDC Kita Peng Yu (KPY) masih teguh mempertahankan identiti muzik yang menjadi nadi perjuangan...

CATEGORIES