Monday, November 9, 2026
HomeHIBURANAlif Teega Bakal Didakwa Esok

Alif Teega Bakal Didakwa Esok

PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa Alif atas pertuduhan yang akan ditentukan esok.

Menurut sumber Alif atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd Hazani, 30, akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, hanya Alif yang akan didakwa esok.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman ialah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahannya.

Sejurus direman, pasangan itu kemudian membuat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar penahan reman itu yang dibuat mengikut Seksyen 23 SPRM berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Bagaimanapun Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan pasangan itu apabila mendapati Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Sumber : KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES