Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITASSM Anjur Program Bimbingan Usahawan (PBU2024)

SSM Anjur Program Bimbingan Usahawan (PBU2024)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan
(PBU24) peringkat Negeri Sembilan melibatkan penyertaan lebih
700 orang di sekitar negeri tersebut.

PBU24 dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan,
bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh
dan memajukan perniagaan mereka di samping menjadi platform
terbaik untuk meneroka dan mempelopori ilmu keusahawanan
dengan menggabungkan pengetahuan perniagaan kontemporari
dengan teknologi dan digitalisasi terkini.

Program yang berlangsung di Dewan Pekerti, Seremban ini telah
dirasmikan oleh Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM.

Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ahmad Sabki menekankan
bahawa pendedahan awal dalam bidang perniagaan adalah amat
penting dalam membentuk budaya keusahawanan yang kukuh di
negara kita.

”Pendedahan kepada asas-asas keusahawanan ini bukan sahaja
dapat mengembangkan pemikiran kreatif dan inovatif, tetapi juga
melengkapkan seseorang individu dengan pemahaman mendalam

tentang pengurusan perniagaan yang berkesan, termasuk aspek
pengurusan, pemasaran, operasi, dan strategi,” katanya.

Tambahnya, dalam mencapai objektif ini, SSM bukan sahaja
menganjurkan program seperti PBU, tetapi turut memperkenalkan
pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti
perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan,
strategi perniagaan dan serta kaedah pemasaran digital dalam
menjalankan perniagaan.

Tuan Ahmad Sabki berkata salah satu inisiatif SSM bagi
menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan adalah dengan
menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang
dapat dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan dalam kalangan
pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan
mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui
pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

Sejak SPPP mula diperkenalkan sehingga 31 Julai 2024, jumlah
perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma di bawah
skim ini adalah sebanyak 123,570 yang terdiri daripada 57,953
pelajar IPT sepenuh masa dan 65,617 usahawan kumpulan B40.

Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan
sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM45,000
kepada surau, sekolah, pusat jagaan kanak-kanak dan usahawan
asnaf serta sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
berjumlah RM20,000 kepada rumah kebajikan dan golongan yang
memerlukan sekitar Negeri Sembilan.

Dari 1 Januari 2024 hingga 31 Julai 2024, SSM telah mengagihkan
dana WZK lebih RM5.4 juta kepada 7,003 penerima asnaf di
seluruh negara. Bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan
sumbangan CSR lebih RM360,000 kepada 580 penerima yang
memerlukan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SSM Customer Care
(SSMCC) di bahagian Aduan & Maklumbalas, SSM Chatbot (24
jam, 7 hari), Live Chat SSM (8.00 pagi hingga 5.30 petang, Isnin
hingga Jumaat, kecuali hari cuti umum) melalui portal rasmi SSM,
talian telefon 03-7721 4000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES