Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITALelaki Bertindak Agresif Dengan Memandu Melawan Arus

Lelaki Bertindak Agresif Dengan Memandu Melawan Arus

ISKANDAR PUTERI: Mahu mengelak dari pemeriksaan sekatan jalan raya menyebabkan seorang lelaki nekad memandu lawan arus sejauh kira-kira 30 kilometer (KM) di Jalan Persiaran Indah di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Mohd Azlan Abdul Kadir, berkata lelaki tempatan berusia 24 tahun memandu kereta jenis Toyota Vios warna putih.

Beliau berkata, pada mulanya lelaki itu ditahan dalam sekatan berkenaan yang diadakan dari jam 12 tengah malam hingga 4 tadi untuk pemeriksaan, sebelum melarikan diri.

“Polis mengejar kereta berkenaan dan lelaki tersebut terus memecut keretanya dengan kelajuan mencapai 130 kilometer sejam (km/j) dalam usaha meloloskan diri.

“Suspek bertindak agresif bukan sahaja memandu melawan arus tetapi juga mengabaikan isyarat lalu lintas dan memandu pada kelajuan tinggi hingga membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Mohd Azlan berkata, lelaki itu berjaya ditahan di Jalan Tristan, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai.

“Dia kini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Suspek turut mempunyai satu rekod lampau iaitu kes bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 dan ujian saringan kencing negatif dadah,” katanya.

Mohd Azlan berkata, dalam pemeriksaan di sekatan itu, sebanyak 20 individu dan 15 kenderaan diperiksa.

Katanya, sebanyak 11 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Dua lelaki tempatan berumur 35 dan 40 tahun turut ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan kini disiasat mengikut Seksyen 45A(1) APJ 1987,” katanya.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES