Wednesday, June 18, 2025
HomeBERITASultan Ibrahim Berkenan Memilih Bunga Raya Sempena Istiadat Pertabalan

Sultan Ibrahim Berkenan Memilih Bunga Raya Sempena Istiadat Pertabalan

KUALA LUMPUR – Motif ragam bunga raya yang menghiasi Cendera Kenangan berupa pinggan pertabalan yang diterima tetamu sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 merupakan pilihan Sultan Ibrahim sendiri.

Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, beberapa corak hiasan telah dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim, antaranya motif bunga lada yang sinonim dengan Johor, namun Seri Paduka Baginda berkenan memilih bunga raya.

“Saya masih ingat lagi ketika dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda beberapa pilihan corak, tetapi Yang di-Pertuan Agong memilih corak bunga raya yang menjadi perlambangan dan simbolik peringkat Persekutuan sebagai Ketua Utama Negara,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, selain pinggan pertabalan, corak ragam bunga raya tersebut juga digunakan pada kad jemputan, buku atur cara dan pingat pertabalan.

Azuan Effendy berkata, selain corak ragam bunga raya, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyatukan penggunaan warna kegemaran Seri Paduka Baginda berdua iaitu biru Tiffany dengan warna diraja iaitu kuning sempena istiadat pertabalan itu.

Berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu, istiadat pertabalan hari ini memasyhurkan Sultan Ibrahim sebagai Ketua Tertinggi Negara. Baginda kini menggalas tanggungjawab sebagai payung mahkota yang menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.

Sumber : Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES