Thursday, March 12, 2026
HomeBERITAGas Bocor Menjadi Punca Pekerja Cedera

Gas Bocor Menjadi Punca Pekerja Cedera

Chukai: Seorang pekerja cedera manakala dua lagi selamat dalam kejadian kebocoran gas di kawasan Perindustrian Kerteh di sini petang tadi .

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.05 petang

Menurutnya, seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan tiga jentera termasuk sebuah ‘water tanker’ bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati terdapat kebocoran gas hydrocarbon di bahagian paip dalam proses baik pulih oleh kontraktor yang dilantik.

“Anggota kami segera membuat semburan ‘cooling down’ pada paip yang bocor sehingga tekanan gas di dalam paip itu habis,” katanya ketika dihubungi di sini.

Azman berkata, kejadian itu menyebabkan seorang mangsa berusia 29 tahun cedera di bahagian betis akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dan mangsa segera diberi rawatan.

“Dua lagi pekerja lelaki masing-masing berusia 23 dan 45 tahun terselamat dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 5.28 petang.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES