Sunday, May 31, 2026
HomeBERITAPolis panggil pekebun bantu siasatan remaja termakan biskut beracun

Polis panggil pekebun bantu siasatan remaja termakan biskut beracun

KEMAMAN – Polis akan memanggil seorang lelaki yang juga pekebun untuk memberikan keterangan berhubung kes seorang remaja lelaki yang nyaris maut selepas dipercayai termakan biskut dicampur racun di sebuah kebun, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, warga emas berusia 70 tahun itu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Pihak polis akan mengambil keterangan warga emas tersebut bagi mengenalpasti punca kejadian.

“Siasatan berhubung kes ini akan dilakukan meliputi pelbagai aspek sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya di sini, pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti jenis racun yang digunakan dan sampel biskut tersebut telah di dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses analisis.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana cuai berkenaan benda beracun.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang remaja dari Kampung Dadong di sini, nyaris maut selepas termakan biskut yang dipercayai dicampur racun yang digantung di atas sebatang kayu di sebuah kebun.

Mangsa Mohd Daynail Haikal Alias, 13, dilaporkan pengsan selepas memakan biskut dan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan dikatakan dalam perjalanan untuk memancing sebelum melalui kebun tersebut dan memakan biskut itu kerana berasa lapar.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES