Sunday, May 31, 2026
HomeBERITAWarga emas maut, kereta dipandu suami hilang kawalan

Warga emas maut, kereta dipandu suami hilang kawalan

GUA MUSANG – Seorang warga emas maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh kenderaan lain di kilometer 60 Jalan Gua Musang-Lojing di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, wanita berkenaan, Maznah Mat Nor, 63, bagaimanapun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ariffin Mamat, 75, bersama isteri datang dari arah Gua Musang menghala ke Lojing.

Keadaan salah sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba suami kepada mangsa yang hendak mengambil selekoh ke kanan jalan telah hilang kawalan.

“Kereta terbabit telah berpusing masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh oleh kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 44 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Keadaan di lokasi kemalangan.
Menurut beliau, ketiga-tiga mangsa telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal.Ujarnya, Maznah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian 09-9121222 atau 013-3010408,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES