Sunday, April 26, 2026
HomeVIRALWanita Ketagih Bantal Busuk Walaupun Dah Lunyai

Wanita Ketagih Bantal Busuk Walaupun Dah Lunyai

PETALING JAYA – Seorang wanita menjadi tular ekoran ‘ketagih’ dengan bantal yang digunakan dan dimilikinya sejak tahun 1998 sehingga kini.

Menerusi akaun TikTok @intaaaaaa_tan, wanita berkenaan turut berkongsi beberapa video memaparkan dia sedang menghidu ‘bantal busuk’ itu yang kini kelihatan sudah hancur lunyai.

“Layan lagu budak sekolah dulu sebelum gerak balik Kuala Lumpur,” tulisnya pada kapsyen.

Perkongsiannya itu menarik perhatian ramai, malah dalam masa sama ada juga turut mengaku memiliki bantal busuk yang berusia lebih 45 tahun.

“Bantal busuk daripada bayi sampai 22 tahun masih pakai. Tak boleh dibasuh ya, nanti menangis,” kongsi @Fatin.

“Tak pernah ada bantal busuk. Sejenis yang memang kena tukar sarung bantal setiap dua minggu. Aku tak boleh tidur kalau ada bantal-bantal sekeliling yang berbau,” kata @sweetradish.

“Bantal acik dah lebih 45 tahun tapi masih baik lagi. Cuma tu la, rapuh sikit macam tuannya,” ujar @Titi Sahak.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES