Tular Video Cermin Enam Buah Kereta Dipecah, Suspek Masih Bebas

0
659

PETALING JAYA: Polis telah menerima enam laporan mengenai insiden cermin kereta yang pecah di tepi jalan berdekatan stesen LRT Awan Besar, Bukit Jalil, ibu negara.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Ravindar Singh Sarban Singh, mengesahkan bahawa laporan-laporan polis tersebut diterima bermula jam 9:30 pagi pada 2 Julai yang lalu.

Beliau juga mengesahkan bahawa hasil penyiasatan menunjukkan keenam-enam kereta yang terlibat diparkir di kawasan tersebut bermula jam 3 petang pada 1 Julai yang lalu.

Beberapa bahagian cermin kereta telah dipatahkan oleh suspek yang masih bebas sebelum pemilik kenderaan menyedari kejadian tersebut.

Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dan siasatan terperinci masih dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden ini dipohon untuk menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051 atau balai polis terdekat.

Sebelum ini, tersebar video berdurasi 47 saat yang menunjukkan cermin beberapa kereta yang diparkir di LRT Awan Besar telah dipatahkan oleh individu yang tidak dikenali.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here