Tuesday, December 9, 2025
HomeVIRALSuami Terkejut Nampak Isteri Di 'Majlis' Perkahwinannya

Suami Terkejut Nampak Isteri Di ‘Majlis’ Perkahwinannya

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang wanita menyerbu majlis perkahwinan suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media, kelihatan seorang wanita memasuki sebuah rumah yang sedang mengadakan majlis perkahwinan.

Wanita itu kemudian bertanya kepada orang ramai tentang keberadaan pengantin lelaki, lapor Kosmo.

Dia kemudian berjalan ke arah lokasi di mana kedua-dua pengantin berada. Pengantin lelaki kemudian terkejut melihat kehadiran isterinya.

“Hebat sekali, hebat sekali, saya lapor kepada polis, semoga hidup bahagia,” katanya.

Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku di daerah Petisah, Medan pada 27 Oktober lalu. Dia telah membuat laporan polis pada hari sama sekitar pukul 4.55 petang (waktu tempatan).

Wanita dikenali sebagai IAA, 32, itu membuat laporan terhadap pengantin perempuan, Octa dan suaminya, ADP. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Dilabel ‘Prof Kangkung’ Gila Jawatan, MUAFAKAT Saman Rita Rudaini

0
KUALA LUMPUR – Tidak lagi berdiam diri, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon, Rita Rudaini, selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan...

CATEGORIES