Saturday, April 26, 2025
HomeVIRALSokong Zionis, 'Plot Twist' Baby Shima Dicemuh Netizen

Sokong Zionis, ‘Plot Twist’ Baby Shima Dicemuh Netizen

SEKALI lagi penyanyi dangdut, Baby Shima meraih perhatian apabila disangka menyokong rejim Zionis apabila mengenakan hiasan bendera Israel pada bahagian pipinya.

Video berkenaan dikongsikan pemilik nama Nor Ashima Ramli itu dalam Instagramnya bagi menunjukkan kebencian terhadap Israel tetapi telah disalah erti sebilangan peminat.

Berdasarkan Kosmo, mereka yang tidak mengikut paparan itu sehingga ke akhir menyangka dia berada di pihak musuh, namun hakikatnya ada plot ‘twist’ ditunjukkan di beberapa saat terawal.

Baby Shima sebenarnya turut mengutuk kekejaman Israel dengan tindakan menumbuk dan memijak bendera negara itu.

Begitupun, ada dalam kalangan pengikut yang memahami maksud ingin disampaikan menegur perbuatannya meletakkan hiasan bendera Israel di pipi.

Malah mereka juga tidak menyalahkan orang yang mengecam penyanyi itu kerana tindakan dibuat dirasakan tidak kena.

Matlamat tak menghalalkan cara. Itu yang Mizz Lahar faham dan harap Baby Shima ambil teguran netizen dengan hati terbuka. Paling penting kita semua bersatu hati kutuk kekejaman rejim Zionis.

Mizz Lahar: Harap personaliti popular mahu pun pengeluar produk tidak gunakan konflik di Gaza sebagai modal promosi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azarine Kukuhkan Jenama Kosmetik Indonesia di Pasaran Malaysia

0
24 April 2025 – Selepas mencuri tumpuan pada tahun 2024 dengan acara bertemu peminat yang memecahkan rekod bersama duta global Lee Minho, jenama kecantikan...

CATEGORIES