Tuesday, April 21, 2026
HomeBERITAPesakit Mental Maut Terjun Dari Tingkat 6 Hospital

Pesakit Mental Maut Terjun Dari Tingkat 6 Hospital

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini petang semalam.

Menurut Kosmo, dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa yang berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang pemegang kad orang kelain upaya (OKU) mental.

Menurutnya, mangsa dimasudkan ke wad pada pukul 12.30 pagi, 5 November kerana perlu menjalani pembedahan kaki kanan yang dijadualkan pada 8 November ini.

“Namun pembedahan dibatalkan kerana mangsa mengalami selsema dan si mati telah dibenarkan keluar hospital.

“Mangsa dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan hospital dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Raub berkata, siasatan polis di tempat kejadian tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR), lapor Kosmo.

Katanya, saksi kejadian diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan di Balai Polis Taman Setia Indah di sini atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor S. Sri Amutheyindharan Chettiar ditalian 016-2203465.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Pasangan Curang, Kita Dah Ada Duit Sendiri – Fasha Sandha

0
KUALA LUMPUR – Aktres Fasha Sandha menasihatkan golongan wanita untuk mempunyai wang simpanan sendiri sebagai bekalan kecemasan sekiranya ditinggalkan pasangan yang curang. Pemilik nama penuh...

CATEGORIES