Tuesday, May 26, 2026
HomeVIRALIsteri Kecewa, Suami Kantoi Ketagih Tonton Akaun 'Dark Side'

Isteri Kecewa, Suami Kantoi Ketagih Tonton Akaun ‘Dark Side’

PETALING JAYA – Seorang isteri meluahkan perasaan sedih dan kecewa terhadap suaminya yang terjebak dalam ketagihan menonton akaun Dark Side (DS) di media sosial.

Akaun Dark Side merujuk kepada individu yang terlibat dalam tindakan tercela, menawarkan interaksi maya atau menjual video lucah dengan bayaran.

Berdasarkan Kosmo, luahan ini tular menerusi aplikasi X akaun @pelisahh, menggambarkan penderitaan wanita itu akibat perbuatan terkutuk suaminya.

“Saya tak senang duduk dengan tindakan suami saya yang sering melihat benda yang tak elok di media sosial. Saya berasa sedih dan marah. Selepas kantoi, saya jadi paranoid,” ujarnya.

Luahan ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen dengan ramai yang mengecam perbuatan suami tersebut.

Banyak yang menekankan pentingnya menjaga hati pasangan serta menghormati batasan moral dalam menggunakan media sosial.

“Kalau rasa tak boleh nak kawal, cuba puasa dan amalkan gaya hidup sihat. Jangan bagi orang lain sakit jiwa sebab perangai diri sendiri,” komen Bell.

“Perkara buruk macam ini tak kisahlah lelaki atau wanita, memang kena cuba untuk tinggalkan. Usaha dulu, baru nampak ada perubahan,” komen @hxydo.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hebat Cik B, Selepas Brabus G63 Dapat Lamborghini Urus

0
SHAH ALAM – Impian jadi realiti, penyanyi dan pempengaruh, Cik B menerima hadiah kereta mewah Lamborghini Urus yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta daripada...

CATEGORIES