SKUAD Harimau Malaya bertekad untuk tampil lebih agresif menjelang kejohanan Pestabola Merdeka dalam usaha menjulang trofi berprestij itu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada minggu depan.
Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon mengakui masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki anak-anak buahnya selain berharap SNBJ menjadi gelanggang keramat dan kebal daripada ditewaskan.
Kata Pan-gon ketika ditemui Kosmo, kejohanan Pestabola Merdeka nanti boleh dijadikan sebagai titik tolak buat pasukan selain persiapan sebelum mengharungi saingan yang lebih penting nanti.
“Bagi Pestabola Merdeka, saya mahu mentaliti kemenangan diteruskan terutama apabila ia dianjurkan di laman sendiri. Saya mahu peminat turun menyokong pasukan memastikan SNBJ sebagai gelanggang kebal.
“Siapa sahaja yang akan kita temui pada perlawanan di laman sendiri nanti, kita dapat tewaskan dengan pamer corak permainan agresif,” katanya selepas mengumumkan senarai 25 pemain ke skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan itu optimis pemain memiliki kualiti dan boleh bersaing dengan negara-negara di kelompok ranking 100 terbaik dunia.
“Apa yang pasti, saya percaya dengan kualiti pemain kerana mereka hanya perlu percayakan dengan kebolehan diri kerana potensi yang ada dalam pasukan ini cukup besar.
“Mereka sudah buktikan pada dua aksi antarabangsa bertemu China dan Syria bulan lepas dan harap momentum sama dapat diteruskan kali ini,” katanya.
Menurut Kosmo, Skuad Harimau Malaya akan mengharungi saingan Pestabola Merdeka menentang India pada Jumaat, 13 Oktober dan seterusnya berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada 17 Oktober depan.
25 pemain yang dipanggil dijangka menjalani sesi latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejurus berakhir tugas bersama kelab masing-masing pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC, Khamis ini.
Sumber: Kosmo
You actually make it seem really easy along with your presentation but I find this
topic to be really one thing which I think I might never understand.
It kind of feels too complicated and extremely large for me.
I am taking a look forward in your next post, I’ll try to get the cling
of it!
I think this is one of the such a lot vital info for me.
And i am satisfied studying your article. However want to
observation on few normal issues, The web site taste is perfect,
the articles is really nice : D. Good job, cheers