Thursday, July 10, 2025
HomeSUKANPestabola Merdeka, Harimau Malaya Bersedia Menentang India

Pestabola Merdeka, Harimau Malaya Bersedia Menentang India

SEMANGAT skuad Harimau Malaya cukup membara menjelang aksi menentang pasukan India yang berada di ranking dunia le­bih baik pada pada aksi Pesta­bola Merdeka di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil malam ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mahu anak-anak buahnya kekal dengan sikap waspada kerana menganggap The Blue Tigers akan turun dengan corak permainan agresif.

Bagaimanapun, Pan-gon lega kerana barisan pemainnya kini sudah jelas hala tuju dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan pada perlawanan kali ini termasuk misi pertahanan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2013.

“Apa yang kami sudah lakukan beberapa hari lalu dalam latihan, pasukan menunjukkan perkembangan yang bagus. Saya berpuas hati dengan penerimaan pemain terhadap taktikal dan peranca­ngan permainan kami.

“Pemain juga teruja dan penuh yakin untuk menghadapi perlawanan esok (hari ini). Namun, semua sedar bahawa India berada di ranking lebih baik dan kita tahu mereka agresif dan pa­sukan yang bekerja keras.

“Mereka akan jadi lawan sukar, jadi kami perlu tampil lebih mantap dengan memberi fokus dari minit pertama hingga 90 minit,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Menurut Kosmo, berdasarkan 23 pertemuan sebelum ini, Malaysia mencatatkan sembilan kemenangan dan tujuh kali seri, menyaksikan India lebih mengatasi Harimau Malaya pada pertemuan terakhir pada tahun 2011.

Di sebalik khabar gembira mengenai status terkini ­Stuart Wilkin, Pan-gon tidak dapat menggunakan khidmat Paulo Josue selepas kapten Kuala Lumpur City itu mengalami demam denggi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Pergi Usrah Tak Bermakna Tak Belajar, Husnuzon’

0
PETALING JAYA – Terpanggil menyuarakan isi hati, penyanyi Shiha Zikir menegur sikap segelintir pihak yang mudah berprasangka buruk terhadap orang lain hanya gara-gara tidak...

CATEGORIES