Wednesday, November 19, 2025
HomeSUKANMotoGP: Vinales Dakwa Kedegilan Rugikan Yamaha

MotoGP: Vinales Dakwa Kedegilan Rugikan Yamaha

MADRID – Maverick Vinales percaya dia sepatutnya sudah menjulang gelaran juara dunia MotoGP sekiranya Yamaha tidak mengabaikan cadangannya sewaktu mereka bekerjasama.

Pelumba Sepanyol tersebut mendedahkan perkara tersebut kepada platform penstriman sukan terkenal dari Sepanyol, Dazn dengan menceritakan bagaimana pasukan gergasi dari Jepun itu tidak mengendahkan permintaannya untuk tidak mengubah jentera YZR-M1.

Vinales mengakui dia menuntut perkara tersebut kepada Yamaha selepas prestasi cemerlang pada permulaan musim 2017.

“Saya sertai Yamaha dengan matlamat yang jelas kerana saya mahu jadi juara dunia. Ketika saya menguji jentera Yamaha di Valencia, saya jatuh cinta dengannya. Saya memohon mereka jangan mengubah jentera itu.

“Tetapi, apabila tiba di Sepang, jentera itu sudah berbeza. Ketika itu, saya masih memenangi tiga perlumbaan awal musim, tetapi selepas itu, perubahan yang mereka buat tidak masuk akal,” katanya.

Pada musim 2017, Vinales menamatkan musim di tangga ketiga keseluruhan di belakang Marc Marquez (Honda) dan Andrea Dovizioso (Ducati), walaupun memulakan musim dengan kemenangan di Qatar, Argentina, dan Le Mans.

Selepas perpisahan yang tegang dengan Yamaha pada pertengahan musim 2021, Vinales menyertai Aprilia dan berjaya meraih kemenangan pertamanya bersama pasukan itu di GP Americas tahun ini.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘4 Tahun Tiada Perubahan Langsung, Mudaratkan Mental Saya’ – Uqasha Senrose

0
KUALA LUMPUR – Empat tahun waktu yang lebih daripada cukup buat pelakon Uqasha Senrose memberi peluang kepada suami, Kamal Adli untuk memperbaiki rumah tangga...

CATEGORIES