Yang Berhormat Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hari ini berbesar hati menyerahkan bendera Malaysia kepada Malaysia Horseback Archery Federation (MHAF) atau dikenali dengan Pasukan Memanah Berkuda Malaysia dalam Majlis Pelepasan (flag-off) sebagai simbolik penyertaan MHAF dalam Pertandingan Piala Dunia Sukan Memanah BerkudaKelayakan Kumpulan 1 Asia 2025 di Anhui Province, China.
Kejohanan ini merupakan kejohanan memanah berkuda bertaraf antarabangsa yang diiktiraf oleh World Horseback Archery Federation (WHAF) melibatkan penyertaan daripada lapan (8) buah negara yang akan berlangsung pada 29 April hingga 2 Mei 2025.

Delegasi negara yang terdiri daripada tiga (3) orang pegawai dan empat (4) orang atlet akan ke Guangde City, Anhui Province, China pada 25 April 2025 untuk membawa nama negara dalam sukan Memanah Berkuda di peringkat antarabangsa. Penyertaan mereka dalam pertandingan antarabangsa adalah selaras dengan usaha Kerajaan MADANI dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan sukan, khususnya sukan tradisional dan ekstrem seperti memanah berkuda. Ia juga menunjukkan sokongan kerajaan terhadap pembangunan belia dan sukan sebagai medium sukan, kesihatan dan perpaduan.
Untuk maklumat lanjut berkaitan siaran media ini, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan di talian 03-8871 3100 atau e-mel ukk@kbs.gov.my
Skuad utama negara yang akan mewakili Malaysia terdiri daripada atlet terbaik yang telah dikenal pasti melalui Kem Latihan Pusat Atlet Kebangsaan Sukan Memanah Berkuda yang berlangsung pada 11 hingga 15 April 2025.

KBS ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan MHAF yang akan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui sukan memanah berkuda. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada:
- Saudara Muhammad Afiq (Kapten Skuad)
- Saudara Muhmmad Waliyuddin
- Saudari Adawiyyatunnisa
- Saudara Mika Irfan Nojey

YB Adam Adli menyerah jersi kepada kapten pasukan Memanah Berkuda Malaysia saudara Muhammad Afiq selepas sidang media di Menara KBS hari ini.
Semoga dengan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini dapat membantu pasukan MHAF melayakkan diri dalam Kejohanan Piala Dunia Sukan Memanah Berkuda 2026 akan datang.
Maklumat lanjut mengenai pemberian dana dan sumbangan kepada MHAF, boleh diakses melalui laman web mhaf.my atau e-mel ke skuadMHAF@gmail.com.





