Saturday, October 3, 2026
HomeLUAR NEGARABulan, 3 Planet Membentuk Wajah Tersenyum

Bulan, 3 Planet Membentuk Wajah Tersenyum

WASHINGTON – Bulan sabit akan berada sejajar dengan Planet Zuhrah, Zuhal dan Utarid di langit timur pagi Jumaat ini dalam satu  fenomena astronomi bagi bulan April, lapor agensi berita United Press International pada isnin.

Keempat-empat objek itu akan dapat dilihat dengan mata kasar walaupun Utarid mungkin sukar untuk dikesan ekoran cahayanya yang malap dan kedudukan  rendah di langit.

Orang ramai perlu bangun tidur sebelum fajar menyingsing pada hari Jumaat untuk menyaksikan himpunan objek cakerawala itu.

Sebilangan pengguna media sosial menggelar fenomena itu sebagai ‘senyuman’ angkasa, dengan Bulan kelihatan sebagai mulut tersenyum, manakala Zuhrah dan Zuhal seperti dua mata.

Namun bagi pemerhati bintang di Amerika Utara, fenomena itu  mungkin tidak menyerupai apa yang dikatakan oleh ahli-ahli astrologi.

Ini kerana di rantau berkenaan, ketiga-tiganya akan berada pada kedudukan berselerak di langit dan terletak pada  satu sudut.

‘Pertemuan’ Bulan  dengan Zuhrah, Zuhal dan Utarid adalah peristiwa yang berlaku dalam satu malam. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Pasukan Konten DSV Sekadar Bergurau, Kami Belum Bertunang’ – Fazley

0
PETALING JAYA – Heboh didakwa sudah ada ikatan rasmi, bahkan dituduh sebilangan netizen sudah berkahwin senyap-senyap, penyanyi juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menafikan...

CATEGORIES